Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

PESERTA MALAYSIA NAIB JOHAN HAFAZAN AL QURAN DI JORDAN

PESERTA MALAYSIA NAIB JOHAN HAFAZAN AL QURAN DI JORDAN AMMAN, 25 April 2015, Peserta Malaysia Dr. Nur Munirah 25, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul Naib Johan kategori hafazan 20 juzuk dalam Majlis Hafazan Antarabangsa di Jordan.   Beliau sebelum ini mewakili negeri Kelantan telah berjaya mendapat tempat kedua kategori 30 juzuk dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.   Pertandingan International Hashemite Competition For Female Of Holy Quran Recitation And Interpretation ini diadakan selama 5 hari bermula pada 20 hingga 25 April 2015 (Isnin hingga Sabtu) yang bertempat di Amman Jordan.    Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran Al-Karim Kerajaan Hasyimiah Bagi Perempuan Kali Ke -10 Tahun 1436H/2015M dikelaskan mengikut tiga kategori iaitu :   Kategori 10 juz : 1. Jordan 2. Qatar 3. India 4. Kuwait 5. Turki Kategori 20 juz : 1. Jordan 2. MALAYSIA 3. Brunei 4. UAE 5. Chad   Katego...

JANGAN TERKEJUT!!! FAKTA PELIK MENGENAI MINUMAN COCA COLA

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Anda juga boleh mencuba kajian ini : 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-ra...

30 TAHUN KAJI AGAMA AKHIRNYA KETUA SAMI PELUK ISLAM

MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam. Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna. Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini. Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini. "Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah. “Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya. Menurutnya,...

FURIOUS 7 : APA YANG TERJADI KEPADA KERETA MEWAH YANG REMUK DALAM FILEM TERSEBUT ?

Apa sebenarnya terjadi pada kereta2 mewah yang digunakan dalam filek aksi Fast & Forious dan bagaimana mereka melupuskan kereta tersebut? Dipetik dari artikel WSJ.COM lebih 230 biji kereta di musnahkan hanya dalam satu filem sahaja. Untuk mengelakkan dari sesiapa sahaja yang membaiki dan ditimpa kemalangan disebabkan kereta tersebut, mereka mengupah syarikat Bonnie’s car Crushers untuk membersih dan melupuskan kereta tersebut. Antara kereta yang dilupuskan adalah Mercedes Benz hitam, sebuah Ford Crown Victoria dan sebuah Mitsubishi Montero. Walaupun kereta tersebut disiapkan dengan keadaan yang sangat real cantik sebelum penceritaan, namun pernahkah anda terfikir apa yang terjadi pada kereta tersebut selepas terjun dari kapal terbang dan aksi kejar mengejar di gunung Colorado Monarch Pass? Beginilah keadaan kereta-kereta yang telah dilupuskan :

Siapakah Aidana Baizieva? Misteri Helikopter Terhempas

Biodata Aidana Baizieva Misteri Helikopter Terhempas Biodata Aidana Baizieva penumpang misteri helikopter terhempas. Setakat berita ini ditulis, status wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih pada 4 April 2015 lalu masih lagi menjadi misteri. Ini susulan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’. Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Naj...

GAMBAR DAN BIODATA HAFIZAL BIN HUSSAIN PENGIDAP KHUNSA MALAYSIA

GAMBAR DAN BIODATA HAFIZAL BIN HUSSAIN PENGIDAP KHUNSA MALAYSIA| Gambar VIDEO serta mykad pengenalan Hafizal bin Hussain pengidap khunsa Malaysia tersebar dilaman sosial,Hafizal bin Hussain kini menjadi topik hangat perbualan ramai,sungguh sangat menarik disebalik nama mykad afizal bin Hussain yang tertera pada kad pengenalan.siapa sangka afizal bin Hussain yang cukup menawan adalah seorang pengidap khunsa. Untuk pengetahuan umum khunsa merujuk kepada individu yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan. Apabila seseorang bayi dilahirkan dengan mengidap penyakit khunsa, adalah sukar untuk menentukan jantina bayi tersebut. Pada masa yang sama, khunsa juga boleh memiliki tubuh, suara dan bentuk badan seperti perempuan. Biodata Penuh Hafizal Bin Hussain Nama Penuh: Hafizal Bin Hussain Umur: 27 Tahun Asal: Perak Jantina: Khunsa (Mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan) Agama: Islam Penjelasan Maksud Sebenar Khunsa Khunsa membawa maksud individu yang dila...