Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

KENAPA AYAH MUSTAPHA MAAROF DI BUNUH??

Maarof Diculik, Dibunuh Dan Digantung Dalam Hutan RAKYAT di negara ini, terutama peminat-peminat filem Melayu lama tentu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof , 79, yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka di studio perfileman melayu di Singapura dan beratus drama lakonannya. Maarof Zakaria - Bapa seniman Mustapha Maarof Pengasas bank Melayu pertama mati tragis dibunuh Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapakah bapanya iaitu Allahyarham Maarof Zakaria , seorang peguam dan bekas pegawai daerah di Perak yang mati secara tragis. Jalan Maarof Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, yang bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat membeli belah di Bangsar yang cukup sibuk. Siapa Maarof Maarof Zakaria dalam bulatan merah Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pen...