Orang Luar Berebut Nak Jadi ‘Bangsa Johor’ JOHOR BAHRU – Segelintir penduduk dari negeri lain dikhabarkan sedang berebut-rebut untuk menukar rujukan angka tengah pada kad pengenalan kepada nombor ’01’ yang menandakan mereka lahir di Johor. Malah ada sanggup bayar dengan jumlah wang yang tinggi bagi mendapatkan ‘keistimewaan’ itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong. Beliau berkata, isu tersebut adalah mustahil dilakukan dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kewujudan ‘ejen’ yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit konon untuk perkhidmatan pelik itu. Namun orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan ejen penipuan itu, lapor portal The Star. Siew Kiong mendedahkan beliau pernah ditanya oleh penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur berhubung kaedah penukaran nombor Mykad mereka kepada angka “01”, namun beliau menegaskan perkara itu mustahil. “Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk ti...
Video² dan kisah² viral di media sosial