Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Diberi Dua Pilihan Sama Ada Keluar Islam Atau Lahir Anak Luar Nikah, Apa Irene Agustine Buat?

Irene Agustine memulakan kariernya sebagai model. Pada tahun 2017, Irene mencuba nasib dengan menyertai acara DJ Hunt di Miss Popular. Tanpa diduga, Irene Agustine memenangi tempat pertama dalam Miss Popular DJ Hunt 2017 sehinggakan menjadikannya sebagai DJ profesional di Indonesia sehingga hari ini. Irene Agustine mencuri perhatian setelah mendedahkan bahawa dia pernah hamil bersama bekas kekasih. Dia dan bekas kekasihnya telah merancang untuk berkahwin, tetapi ia dibatalkan kerana perbezaan agama. Disebabkan kekasihnya bukan daripada agama Islam, Irine diberi pilihan samada untuk menukar agama kekasihnya atau anaknya tidak mempunyai ayah. Menurut Intep Selebriti, Irene memilih untuk hamil luar nikah daripada meninggalkan Islam. Pada Ogos 2020, Irine melangsungkan perkhawinan dengan Youtuber terkenal Indonesia yang memiliki jumlah langganan sebanyak 3.8 juta di Youtube. Mereka bertemu apabila Bimo Putra Dwitya mula menghantar DM kepadanya dengan menyatakan hasratnya ingin menikahi Iri...

Video : 'Nak Bagi Tahu, Bukan Salah Pemandu Avanza' - Rider Grab Food Dilanggar

Viral di media sosial semalam, video seorang penghantar makanan, Grab Food, terbabit dalam kemalangan setelah 'dilibas' sebuah kereta yang terbabas di MRR2 selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Bukit Jalil.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.18 pagi Sabtu, 31 Januari 2021, mangsa menunggang di lorong ketiga sebelum datangnya kereta Toyota Avanza dari lorong keempat. Avanza terbabit yang dipercayai memandu melebihi had laju secara tiba-tiba membuat brek mengejut lalu hilang kawalan dan melibas penunggang motosikal berkenaan sebelum bergolek beberapa kali sehingga termasuk ke ruang tengah pembinaan.  Akibat dari kemalangan itu juga, penunggang motosikal terpelanting lebih kurang enam kali. Sementara motosikalnya terseret jauh ke depan. Berdasarkan gambar, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala. Tidak diketahui bagaimana keadaan pemandu Avanza terbabit. Video kemalangan itu mengundang banyak reaksi netizen di media sosial. Rat...

Lelaki Vietnam Ini Memakai Aksesori Emas Seberat 13 Kilogram Setiap Hari

Seorang lelaki bernama Tran Ngoc Phuc dilahirkan sebagai seorang yang sangat mencintai emas. Beliau bercita-cita ingin memiliki seberapa banyak emas yang mampu dimilikinya. Apabila beliau bergelar seorang usahawan berjaya, maka hasratnya itu menjadi kenyataan. Beliau telah menikmati keinginannya itu dengan membeli dan memiliki emas dalam kuantiti yang cukup banyak. Bukan setakat itu sahaja, lelaki ini turut menjadi tular di negaranya baru-baru ini. Adakah dia tular kerana kejayaan dalam dunia usahawan? Jawapannya tidak. Usahawan dari Vietnam ini tular di negara beliau kerana tabiat memakai barang kemas emas seberat 13 kilogram setiap hari pada tubuh badannya. Kini beliau memakai dua gelang, beberapa cincin dan kalung dengan nilai mencecah 13 Bilion Dong Vietnam (RM 2.262 Juta). Rentetan daripada itu, atas sebab keselamatan, beliau sering ditemani lima orang pengawal peribadi apabila keluar dari rumah. Adakah hobi dan kecintaannya terhadap emas memberi kegembiraan dalam hidupnya? Admin ...