Skip to main content

Posts

Bagaimana Rupa X-Ray Badan Lelaki Gemuk Seberat 440KG

Ini paparan imej X-ray jelas seorang lelaki seberat 980 paun yang bernama Martin Briton Keith. Gambar ini juga telah tersebar viral di Twitter. Untuk lelaki sebesar ini, Martin mempunyai BMI 155 dan doktor menjangkakan yang dia hanya akan hidup dua tahun sahaja lagi, kecuali dia menurunkan berat badannya.

Foto Bersama ‘Abang Long Fadhil’ Tersebar, Siapakah Sebenarnya Gadis Hijab Bertattoo Ni?

Korang mesti kenal dengan seorang lelaki muka bertattoo kembali ke jalan yang benar tu kan? Lelaki tu jadi bualan orang ramai kerana latar belakang yang dahulunya dia seorang gangster tapi sebab pada satu hari dia mengalami mimpi yang menakutkan, dia terus bertaubat. Semalam tersebar pula gambar lelaki yang diberi jolokan ‘Abang Long Fadhil’ bersama seorang gadis cantik berhijab tetapi mukanya turut dicacah tattoo. Foto tersebut telah tersebar luas di laman media sosial dan gadis itu dikatakan pasangan Abang Long Fadhil tu. Eh betul ke? Akhirnya kami tahu gadis itu sebenarnya.. Foto di bawah ni jadi sebutan orang ramai.. Manisnya Foto di atas telah mendapat perkongsian lebih dari 1k. Ramai kaum lelaki yang tertarik dengan kecantikan gadis tersebut. Tapi sebenarnya.. Ini gadis hijab ‘bertattoo’ tersebut Haa ini lah gadis sebenar disebalik foto bersama ‘Abang Long Fadhil’ tersebut. Namanya ialah Fyka Sam dan berasal dari Joho...

RESEPI KUIH TEPUNG BUNGA

Harini saya nak share resepi senang... Pejam mata pom boleh buat... Kuih ni org panggil TEPUNG BUNGA ... Org lama2 tahu kot kuih ni.. Hehe... Jap lagi sape yg mls nkg bazar, boleh try ni... Xsampai stgh jam boleh siap... 😄😄😄 step2 boleh tgk kt gmbr 500g tepung pulut Air secukupnya utk bancuhan tepung menjadi doh 2 bji telur Minyak utk menggoreng Sedikit gula pasir / gula perang Step: 1.Bancuh tepung dan air, uli menjadi doh 2.Ambil sedikit doh sekecil guli, bulat-bulatkan di tangan dan tekan (macm nk bt kuih puteri mandi) 3. Celup kan doh kecil2 td kedalam telur yg telah dipecahkan dlm mangkuk kecil dan dipukul rata sedikit.. 4. Goreng dlm minyak y banyak hingga kekuningan dan merekah serta kuih keluar asap , kira masak dah tu... Selesai goreng, gaul bersama gula secukupnya... Macm buat sira tu... Hehe.. Siap utk dihidang... Selamat mencuba

Isteri Pertama Wujudkan Rasa Sayang Pada Bakal Madu Sebelum Suami Kahwin Lagi

Isteri Pertama Wujudkan Rasa Sayang Pada Bakal Madu Sebelum Suami Kahwin Lagi Orang perempuan kalau bercakap soal hidup bermadu memang sensitif. Dan orang lelaki pula kalau bercakap tentang poligami semangatnya luar biasa! Apalagi kalau suami isteri yang bercakap tentang hal ini, silap haribulan boleh perang besar dibuatnya! Bak kata orang...bercakap memang mudah tetapi hanya orang yang melalui dan merasainya sahaja pahit manisnya. Adakah benar ia pahit bagaikan hempedu atau manis seperti sifat ‘madu’ itu sendiri? Majalah KELUARGA sempat berkongsi pengalaman bersama wanita berhati mulia dan kental, Khadzirotul Qudsiyah Alias, 35 tahun yang baru menerima ‘partner’ baru (madu) bulan lalu. Dan dia secara terbuka memuat naik gambar mereka bertiga dalam majlis perkahwinan suaminya itu. Biarpun pada awalnya agak pahit untuk terima hakikat si suami ada hati pada wanita lain, namun ibu kepada dua orang anak kembar yang berusia lapan tahun ini tidak ingin pentingkan diri sendiri...

Orang Luar Berebut Nak Jadi ‘Bangsa Johor’

Orang Luar Berebut Nak Jadi ‘Bangsa Johor’ JOHOR BAHRU – Segelintir penduduk dari negeri lain dikhabarkan sedang berebut-rebut untuk menukar rujukan angka tengah pada kad pengenalan kepada nombor ’01’ yang menandakan mereka lahir di Johor. Malah ada sanggup bayar dengan jumlah wang yang tinggi bagi mendapatkan ‘keistimewaan’ itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong. Beliau berkata, isu tersebut adalah mustahil dilakukan dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kewujudan ‘ejen’ yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit konon untuk perkhidmatan pelik itu. Namun orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan ejen penipuan itu, lapor portal The Star. Siew Kiong mendedahkan beliau pernah ditanya oleh penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur berhubung kaedah penukaran nombor Mykad mereka kepada angka “01”, namun beliau menegaskan perkara itu mustahil. “Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk ti...

Ancaman bom, dua pesawat Air France dilencongkan

PARIS: Dua pesawat Air France yang berlepas dari Amerika Syarikat (AS) dilencongkan selepas menerima ancaman bom, demikian lapor media Kanada dan AS hari ini.  Pesawat pertama dari Washington D.C. ke Paris, dilencongkan ke Halifax, Nova Scotia, manakala satu lagi pesawat dari Los Angeles ke Paris mengubah haluan ke Salt Lake City, demikian lapor stesen penyiaran CNN, NBC dan CBC Kanada.  Kedua-dua pesawat selamat mendarat ke lapangan terbang sebelum penumpang diarahkan turun dari pesawat. - Reuters

Penyokong Turki ‘Boo’ Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

PENYOKONG bola sepak Turki bertindak menyorak ‘boo’ ketika ketika pemain bertafakur selama seminit terhadap mangsa serangan di Paris. Sebaliknya, penyokong melaungkan ‘Allahu Akhbar’ sebelum perlawanan persahabatan antara Turki bertemu Greece bermula di Stadium Basaksehir Fatih Terim. Dalam perlawanan itu, Turki dan Greece terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat. Media barat menyifatkan tindakan penyokong Turki sebagai biadap dan tidak menghormati Greece serta Perancis. Bagaimanapun, penyokong pula menganggap kejadian itu merupakan insiden kecil berbanding yang dilakukan negara barat terhadap negara Islam lain. Tiada kejadian tidak diingini atau kekerasan ditimbulkan penyokong sehingga perlawanan tamat. Perlawanan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras dan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu. sumber – mStar