Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

#MH370: AHLI KELUARGA DIMINTA MEMBERIKAN SAMPEL DNA, ADAKAH INI SATU PETANDA?

#MH370: AHLI KELUARGA DIMINTA MEMBERIKAN SAMPEL DNA, ADAKAH INI SATU PETANDA?  KUALA LUMPUR: Beberapa ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengesahkan tentang keiinginan syarikat berkenaan dan pihak berkuasa untuk mengambil sampel DNA mereka. Pengumuman dibuat pada satu taklimat selama dua jam yang diadakan di Akademi MAS, Kelana Jaya pada malam Selasa. Ketika dihubungi Astro AWANI, Jelawati Jalil yang merupakan isteri kepada salah seorang penumpang MH370, Safuan Ramlan, berkata beliau bersama ahli keluarga belum membuat keputusan jika ingin memberi sampel DNA atau tidak. "Tetapi disebabkan belum jumpa apa-apa (kapal terbang), buat apa nak beri sampel?" katanya. Beliau tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan dan diwakili adik iparnya.   "Saya turut diberitahu bahawa mereka (pihak MAS) belum memutuskan tarikh dan di mana sampel DNA akan diambil," katanya ringkas. Sementara itu, anak kepada ketua pramugara MH370, An...