Skip to main content

#MH370: AHLI KELUARGA DIMINTA MEMBERIKAN SAMPEL DNA, ADAKAH INI SATU PETANDA?

#MH370: AHLI KELUARGA DIMINTA MEMBERIKAN SAMPEL DNA, ADAKAH INI SATU PETANDA? 



KUALA LUMPUR: Beberapa ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengesahkan tentang keiinginan syarikat berkenaan dan pihak berkuasa untuk mengambil sampel DNA mereka. Pengumuman dibuat pada satu taklimat selama dua jam yang diadakan di Akademi MAS, Kelana Jaya pada malam Selasa. Ketika dihubungi Astro AWANI, Jelawati Jalil yang merupakan isteri kepada salah seorang penumpang MH370, Safuan Ramlan, berkata beliau bersama ahli keluarga belum membuat keputusan jika ingin memberi sampel DNA atau tidak. "Tetapi disebabkan belum jumpa apa-apa (kapal terbang), buat apa nak beri sampel?" katanya. Beliau tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan dan diwakili adik iparnya. 


 "Saya turut diberitahu bahawa mereka (pihak MAS) belum memutuskan tarikh dan di mana sampel DNA akan diambil," katanya ringkas. Sementara itu, anak kepada ketua pramugara MH370, Andrew Nari, iaitu Maira Elizabeth Naira tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan kerana harus menduduki peperiksaan. Beliau akui terima berita tentang sampel DNA itu namun tidak diberitahu bila ia akan dilakukan. "Apabila saya dengar mereka mahu ambil sampel DNA, saya rasa tidak sedap hati pula. 

Ia seakan mereka semua sudah tiada. "Semua ini mengelirukan. Saya sendiri tidak faham," katanya kepada Astro AWANI. Mengikut laporan The Malaysian Insider, Syafinaz Hasnan, yang merupakan adik perempuan kepada pramugara Mohd Hazrin Hasnan, hadir pada sesi taklimat berkenaan... "Mereka (MAS) berkata kami perlu memberi sampel DNA untuk disimpan oleh pihak berkuasa jika bangkai pesawat ditemui," katanya... 


 Beliau turut bertanya kepada pihak MAS ketika sesi taklimat bila ia akan dilakukan... "Kami diberitahu bahawa kami boleh beri sampel malam ini (malam Selasa), namun kita tidak nampak pasukan perubatan.... "Saya tertanya-tanya bagaimana mereka akan melakukannya. Adakah mereka mengharapkan kita untuk mendapatkan putik kapas dan meleret mulut kami untuk air liur dan menyerahkannya kepada mereka?" tanya beliau kepada portal berkenaan.... Untuk tragedi MH17, 16 kumpulan petugas dari Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam proses pengambilan sampel darah atau 'buccal swap' daripada anggota keluarga.... Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac....

Comments

Popular posts from this blog

PASANGAN DITIPU PENJUAL BAYI (11 Gambar)

DITIPU PENJUAL ANAK Media sosial kecoh berikutan tersebarnya cerita mengenai sepasang suami isteri yang telah ditipu oleh seorang lelaki yang berasal dari Melaka dipercayai lelaki tersebut telah mengiklankan mengenai pengambilan anak angkat daripada sepasang kekasih yang terlanjur. Mereka telah mengiklankannya di laman perkongsian facebook di group jual beli Terbaik E Store. Berikut merupakan laporan daripada mangsa yang berasal dari Kedah. Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk  menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga. kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079). Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebu...

Diberi Dua Pilihan Sama Ada Keluar Islam Atau Lahir Anak Luar Nikah, Apa Irene Agustine Buat?

Irene Agustine memulakan kariernya sebagai model. Pada tahun 2017, Irene mencuba nasib dengan menyertai acara DJ Hunt di Miss Popular. Tanpa diduga, Irene Agustine memenangi tempat pertama dalam Miss Popular DJ Hunt 2017 sehinggakan menjadikannya sebagai DJ profesional di Indonesia sehingga hari ini. Irene Agustine mencuri perhatian setelah mendedahkan bahawa dia pernah hamil bersama bekas kekasih. Dia dan bekas kekasihnya telah merancang untuk berkahwin, tetapi ia dibatalkan kerana perbezaan agama. Disebabkan kekasihnya bukan daripada agama Islam, Irine diberi pilihan samada untuk menukar agama kekasihnya atau anaknya tidak mempunyai ayah. Menurut Intep Selebriti, Irene memilih untuk hamil luar nikah daripada meninggalkan Islam. Pada Ogos 2020, Irine melangsungkan perkhawinan dengan Youtuber terkenal Indonesia yang memiliki jumlah langganan sebanyak 3.8 juta di Youtube. Mereka bertemu apabila Bimo Putra Dwitya mula menghantar DM kepadanya dengan menyatakan hasratnya ingin menikahi Iri...

Kecoh Ikram Dinzly Live Video Dengan Elyana huru hara jadinya