Skip to main content

Penjawat Awam Bertempiaran Lari Diserbu Ketika Bersarapan (9 Gambar)

SHAH ALAM - Beberapa penjawat awam yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran bertempiaran lari menggunakan pintu belakang sebaik saja ternampak kenderaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi mendekati restoran berkenaan.

Itulah antara gelagat yang dapat dilihat ketika SUK membuat pemeriksaan mengejut ke atas beberapa premis makanan bagi menangkap kakitangan awam yang makan dan minum di waktu pejabat.

Menurut Khusrin, semenjak pemantauan yang dilakukannya itu bulan lalu, kira-kira 100 penjawat awam didapati melanggar peraturan.

“Hari ini merupakan kali kedua kita menjalankan pemantauan sebegini bertujuan mendidik penjawat awam mengenai kesalahan yang mereka telah lakukan. Hari ini kita dapat kesan 30 kakitangan awam dan saya percaya ada ramai lagi yang berjaya meloloskan diri apabila melihat kereta saya,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia.

Menjelaskan lebih lanjut, setiap penjawat awam yang ditahan akan diambil butiran peribadi dan dihantar kepada ketua jabatan masing-masing bagi tindakan selanjutnya.

Mana-mana penjawat awam yang didapati melakukan kesalahan itu akan diberikan kaunseling agar mereka lebih tahu akan tanggungjawab dan peraturan yang telah ditetapkan.










Sungguhpun hari pemantauan pertama di bulan Februari yang lalu telah menjadi viral di media sosial, namun masih ada segelintir penjawat awam sama ada dari agensi Persekutuan, negeri dan PBT masih lagi menganggap budaya minum pagi itu sebagai satu kemestian.

“Pemantauan akan terus dilaksanakan agar budaya ini dapat kita kikis sepenuhnya demi memartabatkan kembali perkhidmatan awam,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

PASANGAN DITIPU PENJUAL BAYI (11 Gambar)

DITIPU PENJUAL ANAK Media sosial kecoh berikutan tersebarnya cerita mengenai sepasang suami isteri yang telah ditipu oleh seorang lelaki yang berasal dari Melaka dipercayai lelaki tersebut telah mengiklankan mengenai pengambilan anak angkat daripada sepasang kekasih yang terlanjur. Mereka telah mengiklankannya di laman perkongsian facebook di group jual beli Terbaik E Store. Berikut merupakan laporan daripada mangsa yang berasal dari Kedah. Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk  menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga. kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079). Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebu...

3 Awek Kelate comey buat hal lagi..kali ni jual barang sendiri pulak

Diberi Dua Pilihan Sama Ada Keluar Islam Atau Lahir Anak Luar Nikah, Apa Irene Agustine Buat?

Irene Agustine memulakan kariernya sebagai model. Pada tahun 2017, Irene mencuba nasib dengan menyertai acara DJ Hunt di Miss Popular. Tanpa diduga, Irene Agustine memenangi tempat pertama dalam Miss Popular DJ Hunt 2017 sehinggakan menjadikannya sebagai DJ profesional di Indonesia sehingga hari ini. Irene Agustine mencuri perhatian setelah mendedahkan bahawa dia pernah hamil bersama bekas kekasih. Dia dan bekas kekasihnya telah merancang untuk berkahwin, tetapi ia dibatalkan kerana perbezaan agama. Disebabkan kekasihnya bukan daripada agama Islam, Irine diberi pilihan samada untuk menukar agama kekasihnya atau anaknya tidak mempunyai ayah. Menurut Intep Selebriti, Irene memilih untuk hamil luar nikah daripada meninggalkan Islam. Pada Ogos 2020, Irine melangsungkan perkhawinan dengan Youtuber terkenal Indonesia yang memiliki jumlah langganan sebanyak 3.8 juta di Youtube. Mereka bertemu apabila Bimo Putra Dwitya mula menghantar DM kepadanya dengan menyatakan hasratnya ingin menikahi Iri...