Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

ULAR TERTELAN LANDAK MAUT TERTIKAM

SEEKOR ular sawa Afrika yang menelan seekor landak gergasi akhirnya maut akibat perbuatannya sendiri. Manakan tidak, sebaik sahaja berjaya menelan landak berkenaan, sistem penghadaman di dalam perutnya cuba menhadam landak tersebut tetapi sebaliknya akibat daripada proses semulajadi itu, duri landak yang tajam telah menusuk perut ular sawa itu sehingga tembus. Insiden tersebut berlaku di Taman Hidupan Liar Tasik Eland, Afrika Selatan baru-baru ini. Ular sawa sepanjang empat meter itu adalah reptilia yang biasa ditemui di Afrika Selatan. Pengurus Besar taman tersebut, Jennifer Fuller berkata, ular sawa berkenaan ditemui mati di tepi lereng berbatu dalam keadaan perutnya masih kembung dengan landak yang dibahamnya itu. Apabila renjer taman memotong perut ular tersebut, mereka menemui landak gergasi itu dalam keadaan asal dan masih belum dihadam oleh sistem penghadamannya. Bagaimanapun mereka turut menemui beberapa batang duri landak itu telah tercabut dan tercacak pada ba...

JAIP Denda RM2,000 Jika Berpakaian Mencolok Mata Ke Bazar Ramadan

JAIP Denda RM2,000 Jika Berpakaian Mencolok Mata Ke Bazar Ramadan Gambar hiasan KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000. Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa lokasi di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaian tidak sopan yang dianggap sebagai tidak sesuai. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000. “Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini. “Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” kata...

PENDEDAHAN SIAPAKAH SEBENARNYA RANI KULUP KIPIDAP

Pendedahan Siapa Sebenarnya Rani Kulup Kini Rani Kulup merupakan antara individu yang amat popular di Malaysia. Dengan pemakaian yang lain dari yang lain, perwatakan Rani Kulup dilihat menarik perhatian ramai orang. Rani Kulup popular dengan tag line "kipidap" dan sering muncul di kaca tv setelah membuat banyak laporan polis tentang isu semasa. Antara isu semasa yang Rani Kulup tampil membuat laporan polis ialah kes halal coklat Cadbury, isu program sentuh anjing dan banyak lagi. Ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Rani Kulup ini? Jadi ini merupakan Biodata Rani Kulup yang merungkai segala-galanya: Sumber: Melvister Yang paling mengejutkan ramai tentulah penglibatan Rani Kulup dalam sebuah kugiran, berbakat besar rupanya Rani Kulup ni. Inilah Gambar kenangan Rani Kulup (Tengah) bersama Band Sometimes

Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FAST7

Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FAST7 . Jika beberapa hari lalu, pengguna media sosial rancak memperkatakan tentang aktres berpengaruh Hollywood, Angelina Jolie kononnya menitip ucapan 'Ramadan Kareem' kepada peminat Islamnya menerusi laman fanpage Facebook sekaligus menjadi viral. Terkini tersebar pula berita pelakon dan penyanyi yang lebih dikenali menerusi watak Roman Pearce dalam siri filem hebat Fast & Furious iaitu Tyres Daniel Gibson, menitip ucapan 'Ramadan Al-Mubarak' kepada peminat khususnya kepada beragama Islam. .Malah, di sebalik ucapan itu selebriti yang berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat ini dikatakan sebenarnya sudah bergelar mualaf sejak tahun lalu. Perkara itu didedahkan sendiri Gibson menerusi laman sosial, Instagram dan Facebook miliknya apabila dia kerap memuat naik video di laman Facebooknya dengan memberi gambaran sebenar beliau sudah memeluk Islam. ...

AKTRES KOREA MATI TERJUN PAYUNG

Seoul: Pelakon dan model Korea Selatan, Jung In Ah, 38, (gambar) mati akibat kemalangan akibat cuaca buruk ketika aktiviti payung terjun pada 13 Jun lalu, dan mayatnya hanya ditemui tiga hari kemudian. Menurut laporan media Korea hari ini, Jun melakukan terjunan di daerah Goheung di selatan negara itu dan mayatnya ditemui Selasa lalu, tiga hari selepas dilaporkan hilang, terapung dalam laut masih bersama payung terjunnya, Media negara itu melaporkan, dia berlatih payung terjun sejak setahun lalu, sebagai persiapan untuk satu filem. Jung atau nama sebenarnya Jung Hye Young ialah lulusan Universiti Kebangsaan Seoul, muncul dalam drama MBC pada 2008, The Secret Of Keu Keu Island mengisahkan sekumpulan rakan terkandas di pulau terpencil selama 180 hari. - Agensi

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN.

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN... ~~~ Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari) Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabd...

KISAH LELAKI MEMAKAI SUIT WINNIE THE POOH AKHIRNYA TERBONGKAR!!!

Beberapa hari lepas menjadi viral di laman sosial terutamanya Facebook apabila tersebar gambar seorang lelaki warga emas dari negara seberang mencari rezeki dengan memakai sut Winnie the Pooh di sekitar kawasan Lippo Mall Sidoarjo, Jawa Timur. Beliau yang dikenali dengan nama Suardi, 74, telah berjaya meraih simpati orang ramai bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia. Dia sebelum ini menceritakan kepada media yang menemuramahnya bahawa dia hidup sebatang kara dan pernah diserang penyakit strok dua tahun lalu. Nampaknya tembelang warga emas tersebut akhirnya pecah selepas menjadi viral, pihak berkuasa Indonesia telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan tersebut ternyata maklumat yang diperolehi amat mengejutkan. Memetik laporan Merdeka.com, hasil siasatan Dinas Sosial dan Tenaga Kerja (Dinsosnaker) Indonesia, dia bukanlah hidpu sebatang kara seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya dia mempunyai tujuh orang isteri, lima orang anak dan sebuah rumah besar. “Dari hasil itu, d...

BAYI PUTUS PERGELANGAN TANGAN TERSEPIT ESKALATOR

BAYI PUTUS PERGELANGAN TANGAN TERSEPIT ESKALATOR Kuala Lumpur Mengerikan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan putus pergelangan tangan kanannya akibat tersepit pada tangga eskalator di KL Sentral di sini, awal pagi semalam. Lebih menyedihkan apabila tangan mangsa yang putus hanya berjaya dikeluarkan dari dalam eskalator itu kira-kira dua jam selepas kejadian. Dalam insiden kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd Afkar Daniel Freedy cedera parah ketika dibawa ibu bapanya pergi ke pusat beli belah itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan berjalan ke arah tangga eskalator di tingkat dua bangunan itu. Menurutnya, kejadian itu tidak disedari kedua ibu bapa mangsa yang ketika itu sedang membeli barang di premis berhampiran. “Mangsa dipercayai menaiki eskalator dari aras dua menuruni tingkat satu bangunan sebelum tangan kanannya tersepit di tangga bergerak itu. Akibatnya pergelangan tangan mangsa putus dan mema...

RUMAH TANGGAKU HANCUR KERANA FACEBOOK (Luahan Seorang Isteri Curang)

Luahan hati seorang Isteri yang curang terhadap suaminya.. Bismillahir-Rahmaanir-Rahim .. Namaku Lely. Berjilbab. Ibu rumah tangga dengan satu anak. Umur 26 thn tapi banyak yang bilangaku masih seperti gadis. Di sela-sela kesibukanku bekerja di konveksi, aku coba buka BB baru pemberian suamiku. Tak lupa ku coba buka akun facebookku. Kangen rasanya seru-seruan dengan teman- teman SMA dulu. Dari fb, ku mengenal laki-laki. Pemuda yang sukses dengan perdagangan dan pendidikannya. Awalnya kami cuma saling like status lama kelamaan beralih saling berkirim pesan. Dalam pesan-pesan yang singkat kami pun saling rinci keadaan. Meski dia tahu aku istri dan ibu dari anak 4thn, dia tetap manis menanggapinya. Dari situ, kami teruskan kirim pesan dengan saling berikan pin BB. Kirim foto dan berujung pada janjian adakan pertemuan. Aku benar-benar khilaf dan terbuai suasana. Dia memang lebih ganteng dari suamiku dan tak segan-segan memberikan sepatu, seragam sekolah, seragam olah raga da...

PASANGAN DITIPU PENJUAL BAYI (11 Gambar)

DITIPU PENJUAL ANAK Media sosial kecoh berikutan tersebarnya cerita mengenai sepasang suami isteri yang telah ditipu oleh seorang lelaki yang berasal dari Melaka dipercayai lelaki tersebut telah mengiklankan mengenai pengambilan anak angkat daripada sepasang kekasih yang terlanjur. Mereka telah mengiklankannya di laman perkongsian facebook di group jual beli Terbaik E Store. Berikut merupakan laporan daripada mangsa yang berasal dari Kedah. Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk  menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga. kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079). Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebu...