Skip to main content

Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FAST7

Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FAST7


.


Jika beberapa hari lalu, pengguna media sosial rancak memperkatakan tentang aktres berpengaruh Hollywood, Angelina Jolie kononnya menitip ucapan 'Ramadan Kareem' kepada peminat Islamnya menerusi laman fanpage Facebook sekaligus menjadi viral.

Terkini tersebar pula berita pelakon dan penyanyi yang lebih dikenali menerusi watak Roman Pearce dalam siri filem hebat Fast & Furious iaitu Tyres Daniel Gibson, menitip ucapan 'Ramadan Al-Mubarak' kepada peminat khususnya kepada beragama Islam.


.Malah, di sebalik ucapan itu selebriti yang berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat ini dikatakan sebenarnya sudah bergelar mualaf sejak tahun lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri Gibson menerusi laman sosial, Instagram dan Facebook miliknya apabila dia kerap memuat naik video di laman Facebooknya dengan memberi gambaran sebenar beliau sudah memeluk Islam.

Tidak hanya memuat naik ucapan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia bahkan berdasarkan beberapa gambar yang pernah dimuat naiknya di Instagram sebelum ini, dia turut menulis perkataan #InshaAllah (dengan izin Allah).

Jika setiap kali statusnya tertulis #InshaAllah, Gibson menerima banyak komen daripada peminat Muslim yang turut menitipkan ucapan Alhamdulillah.

Namun, ada juga pengikutnya yang bertanya sejauh mana kebenaran dia sudah memeluk Islam.

Sementara itu, sahabat baik kepada mendiang Paul Walker ini juga dikatakan telah memeluk Islam di Dubai pada tahun 2014 ketika bercuti bersama pelakon Will Smith dan penyanyi Maxwell.

Pemergiannya ke Dubai pada tahun itu sekaligus sempena memperingati kematian Walker yang maut akibat kemalangan pada tahun lalu.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan aktiviti Gibson di Dubai bertemu temannya berbangsa Arab dan menyapa mereka dengan ucapan assalamualaikum. Selain itu, dia juga mengenakan jubah dan lengkap berserban.

Gibson juga dikatakan pernah menyatakan perasaannya selepas memeluk Islam iaitu merasakan seperti baru dilahirkan dan sangat tenang.

Menerusi satu video temubual beberapa minggu lalu, Gibson berkongsikan pengalamannya sebagai seorang Muslim dan perkara itu disambut positif oleh peminatnya di seluruh dunia.

Di samping itu, dia berkongsi pandangannya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Islam sejagat.

Terbaharu, menerusi laman Instagramnya dua hari lalu, dia memuat naik sekeping foto menunjukkan permandangan di Dubai dan menulis kapsyen memaklumkan dia akan berkunjung lagi ke negara itu pada Julai nanti juga tidak lupa menulis #InshaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN TERKEJUT!!! FAKTA PELIK MENGENAI MINUMAN COCA COLA

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Anda juga boleh mencuba kajian ini : 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-ra...

Proton Iriz Information Product

Apa Akan Terjadi Kepada Tubuh Selepas Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-Turut?

Apa Akan Terjadi Kepada Tubuh Selepas Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-Turut? Kita Tak Akan Sangka Sekuat Itu Penangan Air Kelapa Muda Terhadap Badan Kita! Sejak dahulu lagi rata-rata masyarakat mengatakan air kelapa memiliki kesan yang paling mujarab pada kesihatan manusia. Anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapatdidalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut? Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda. Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan. Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala...