Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

GEMPAR!! TMJ arah JALUR GEMILANG diturunkan serta merta di JOHOR !!.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing. Sepucuk surat dari Pejabat Daerah Segamat kepada semua Ketua Jabatan di daerah berkenaan yang memanjangkan titah berkenaan telah tersebar di laman sosial Facebook hari ini. “Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari Kebangsaan telah selesai. “Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing,” demikian menurut surat berkenaan. Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan titah terbaru ini kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang pelik memandangkan Johor merupakan sebuah negeri di dalam Malaysia. Tinjauan laman web lain mendapati ada pihak berpendapatan bahawa langkah itu ada kaitan untuk membawa Johor keluar daripada Malaysia. ...

Tiga Perlawanan Piala Malaysia 2015 Dipinda

Tiga Perlawanan Piala Malaysia 2015 Dipinda KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 dipinda ke tarikh baharu, berikutan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Selain itu, penundaan tarikh perlawanan tersebut juga adalah disebabkan pertindihan venue. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan perlawanan ketiga Kumpulan B antara Sarawak dan JDT di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu ini (26 Sept) dipinda kepada 24 Okt. JDT akan berkunjung ke Kuwait untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFC menentang juara bertahan, Qadsia SC di tempat lawan pada 29 Sept. FAM turut memaklumkan perlawanan keempat Kumpulan B antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Okt, dipinda kepada 4 Okt, namun tiada sebab khusus dinyatakan. Perlawanan Kumpulan D antara PDRM dan PKNS di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini (26 Sept) dipinda ke 28 ...