Skip to main content

Tiga Perlawanan Piala Malaysia 2015 Dipinda


Tiga Perlawanan Piala Malaysia 2015 Dipinda


KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 dipinda ke tarikh baharu, berikutan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selain itu, penundaan tarikh perlawanan tersebut juga adalah disebabkan pertindihan venue.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan perlawanan ketiga Kumpulan B antara Sarawak dan JDT di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu ini (26 Sept) dipinda kepada 24 Okt.

JDT akan berkunjung ke Kuwait untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFC menentang juara bertahan, Qadsia SC di tempat lawan pada 29 Sept.

FAM turut memaklumkan perlawanan keempat Kumpulan B antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Okt, dipinda kepada 4 Okt, namun tiada sebab khusus dinyatakan.

Perlawanan Kumpulan D antara PDRM dan PKNS di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini (26 Sept) dipinda ke 28 Sept, memandangkan Selangor akan menggunakan stadium berkenaan untuk aksi Kumpulan C menentang Felda United pada hari yang sama.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

PASANGAN DITIPU PENJUAL BAYI (11 Gambar)

DITIPU PENJUAL ANAK Media sosial kecoh berikutan tersebarnya cerita mengenai sepasang suami isteri yang telah ditipu oleh seorang lelaki yang berasal dari Melaka dipercayai lelaki tersebut telah mengiklankan mengenai pengambilan anak angkat daripada sepasang kekasih yang terlanjur. Mereka telah mengiklankannya di laman perkongsian facebook di group jual beli Terbaik E Store. Berikut merupakan laporan daripada mangsa yang berasal dari Kedah. Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk  menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga. kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079). Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebu...

Kecoh Ikram Dinzly Live Video Dengan Elyana huru hara jadinya

Bagaimana Wanita Ini Mengubah hidup Mereka