PARIS: Dua pesawat Air France yang berlepas dari Amerika Syarikat (AS) dilencongkan selepas menerima ancaman bom, demikian lapor media Kanada dan AS hari ini. Pesawat pertama dari Washington D.C. ke Paris, dilencongkan ke Halifax, Nova Scotia, manakala satu lagi pesawat dari Los Angeles ke Paris mengubah haluan ke Salt Lake City, demikian lapor stesen penyiaran CNN, NBC dan CBC Kanada. Kedua-dua pesawat selamat mendarat ke lapangan terbang sebelum penumpang diarahkan turun dari pesawat. - Reuters
Video² dan kisah² viral di media sosial