Skip to main content

APAKAH ITU DEMAM KEPIALU? BAGAIMANA MAHU MENCEGAHNYA?

DEMAM kepialu atau dikenali juga sebagai tifoid merupakan jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S Typhi).

Seseorang yang dijangkiti demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya serta boleh menjangkiti orang lain.


Jenis-jenis makanan yang biasa dikaitkan

Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna.

Makanan bercengkerang (Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram), sayuran mentah (ulam dan salad), cendol, susu mentah.


Tanda-tanda dan gejala

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 ke 2 minggu, tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 tiga hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.


Gejala:


Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40˚c.

Cirit birit, sembelit, sakit perut, sakit kepala

Sakit badan / lemah / letih lesu

Kurang selera makan, batuk tanpa kahak

Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )

Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

Bengkak limpa dan hati


Bagaimanakah penyakit ini merebak

Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.

Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier).


Komplikasi Penyakit

Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.

Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh daripada demam kepialu, boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).


Rawatan

Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal. Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol, ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan.


Pencegahan

Basuh tangan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.

Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya.

Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.

Minum air yang dimasak atau air yang dibotolkan.

Elakkan ais kecuali ais yang dibuat daripada air yang dimasak atau air yang dibotolkan.

Mendapatkan pelalian vaksin demam kepialu.

Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan najis yang sesuai terutama selepas banjir atau bencana alam.

Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan.


Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:

Premis makanan bersih.

Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.

Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.

Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.

Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.

Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.

Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir.

Masak menggunakan air terawat.

Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.

Makanan yang telah dimasak diasingkan daripada yang mentah.

Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.

**Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia - MarhaenTV


Comments

Popular posts from this blog

Tak jadi nak mati

Video : 'Nak Bagi Tahu, Bukan Salah Pemandu Avanza' - Rider Grab Food Dilanggar

Viral di media sosial semalam, video seorang penghantar makanan, Grab Food, terbabit dalam kemalangan setelah 'dilibas' sebuah kereta yang terbabas di MRR2 selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Bukit Jalil.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.18 pagi Sabtu, 31 Januari 2021, mangsa menunggang di lorong ketiga sebelum datangnya kereta Toyota Avanza dari lorong keempat. Avanza terbabit yang dipercayai memandu melebihi had laju secara tiba-tiba membuat brek mengejut lalu hilang kawalan dan melibas penunggang motosikal berkenaan sebelum bergolek beberapa kali sehingga termasuk ke ruang tengah pembinaan.  Akibat dari kemalangan itu juga, penunggang motosikal terpelanting lebih kurang enam kali. Sementara motosikalnya terseret jauh ke depan. Berdasarkan gambar, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala. Tidak diketahui bagaimana keadaan pemandu Avanza terbabit. Video kemalangan itu mengundang banyak reaksi netizen di media sosial. Rat...

IBU BAPA SAJAT BERSUMPAH YANG ANAKNYA SEBENARNYA KHUNSA

Pertemuan antara pihak Jakim dan Sajat bersama ibu bapa usahawan itu. Foto Mstar SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai isu identiti usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman. Memetik laporan Mstar, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia dibuat susulan kenyataan Sajat mengenai identiti sebenarnya. Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim mengakui dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin. “Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online semalam. Portal berita ini melaporkan Sajat mendedahkan beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jakim, dalam pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Mohd Izwan di Wisma Nu...