Skip to main content

Kenapa Andik Vermansyah Pilih Kedah??


Andik Vermansyah Sah Bersama Kedah





ALOR SETAR – Desas desus mengenai status bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang dikatakan bakal berkhidmat bersama Kedah, akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan perkara itu.


Melalui kenyataan di laman Facebook rasmi KFA, pemain muda berusia 26 tahun itu yang menjadi rebutan enam kelab liga di Indonesia berjaya diikat selama setahun sekali gus mengisi slot kuota import ASEAN bagi skuad Hijau Kuning.

“Pengesahan kontrak dan pendaftaran beliau dimaklumkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) petang tadi selepas proses termeterainya kontrak dan pemeriksaan perubatan diselesaikan semalam di Alor Setar,” menurut kenyataan itu.

Andik akan menyarung jersi bernombor 30 musim ini dan akan memulakan latihan pertamanya bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Abdul Halim esok.

Empat lagi pemain import Kedah ketika ini ialah Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva dan Pablo Pallares.
-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

PASANGAN DITIPU PENJUAL BAYI (11 Gambar)

DITIPU PENJUAL ANAK Media sosial kecoh berikutan tersebarnya cerita mengenai sepasang suami isteri yang telah ditipu oleh seorang lelaki yang berasal dari Melaka dipercayai lelaki tersebut telah mengiklankan mengenai pengambilan anak angkat daripada sepasang kekasih yang terlanjur. Mereka telah mengiklankannya di laman perkongsian facebook di group jual beli Terbaik E Store. Berikut merupakan laporan daripada mangsa yang berasal dari Kedah. Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk  menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga. kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079). Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebu...

Kecoh Ikram Dinzly Live Video Dengan Elyana huru hara jadinya

Bagaimana Wanita Ini Mengubah hidup Mereka