Skip to main content

Dua pemain Sarawak FA, satu bookie disyaki atur perlawanan Sarawak-Felcra United FC direman enam hari



KUCHING: Dua pemain skuad Liga Premier Sarawak ditahan reman enam hari masing-masing pada pagi ini bagi membantu siasatan kes mengatur perlawanan pada aksi Sarawak-Felcra United FC pada Sabtu lalu.

Suspek, pemain pertahanan berusia 28 tahun dan pemain tengah berusia 30 tahun dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pagi tadi perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Portia Tham Ong Leng, yang turut melibatkan seorang suspek lelaki lain dipercayai ‘bookie’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima suapan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih daripada RM50 ribu atau penjara tujuh tahun.

Ketiga-tiga suspek ditahan di lokap yang berbeza dan akan dihadapkan semula ke Mahkamah Khas Rasuah di sini pada 21 Februari.

Portal ini pagi tadi mendedahkan penahanan suspek yang merupakan, pemain anak tempatan yang telah berada dalam pasukan sejak dua musim lalu.

Mereka disyaki menjadi ‘dalang’ Sarawak tumpas 3-2, keputusan yang tidak dapat diterima akal kerana mendahului 2-0 untuk 84 minit masa perlawanan.

Susulan kekalahan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais telah mengarahkan pengurus pasukan, Kol (PA) Wahab Abdul Rahim melancarkan siasatan dalaman terhadap pasukannya.

Malah beliau juga meminta SPRM membantu menangani kes ini. –Sarawakvoice

Comments

Popular posts from this blog

PASANGAN DITIPU PENJUAL BAYI (11 Gambar)

DITIPU PENJUAL ANAK Media sosial kecoh berikutan tersebarnya cerita mengenai sepasang suami isteri yang telah ditipu oleh seorang lelaki yang berasal dari Melaka dipercayai lelaki tersebut telah mengiklankan mengenai pengambilan anak angkat daripada sepasang kekasih yang terlanjur. Mereka telah mengiklankannya di laman perkongsian facebook di group jual beli Terbaik E Store. Berikut merupakan laporan daripada mangsa yang berasal dari Kedah. Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk  menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga. kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079). Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebu...

Kecoh Ikram Dinzly Live Video Dengan Elyana huru hara jadinya

Bagaimana Wanita Ini Mengubah hidup Mereka