Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Ajaran 'Agama Melayu' Yang Disebarkan Bekas Wartawan Kini Disiasat Pihak Berkuasa

Satu ajaran agama baru dikenali sebagai Agama Melayu dilaporkan telah dikesan dan menjadi topik perbualan masyarakat di negara ini sejak beberapa hari ini. Agama berkenaan menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan dikenali sebagai Agama Melayu dan dibawa oleh individu dikenali sebagai Ibu Yati. “Makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutakhir ini. “Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu,” kongsinya di Facebook. Ajaran berkenaan menurut Nasrudin menggunakan lafaz syahadah yang pelik  (iLa Ha iLa Ra iLa Ma) yang turut disambung dengan pengakuan AKU MELAYU sebanyak tujuh kali. Selain daripada penggunaan lafaz dan pengakuan itu, ajaran berkenaan juga difahamkan menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan mendakwa mereka pula membawa Islam Melayu. Individu yang dikenali dengan nama Ibu Yati itu bagaimanapun menurut Nasrudin bukanlah nama yang asing buat dirinya dan beliau sebel...

Gorila Boleh Bercakap, Cuma Mereka Malas Belajar - Saintis

Haiwan primat sebenarnya berpotensi untuk bercakap, namun mereka terlalu malas untuk belajar, menurut para saintis.  Satu kajian mendakwa, sekiranya gorila dan chimpanzee berusaha lebih keras, mereka mampu untuk bercakap.  Ahli Biologi Stanford percaya bahawa haiwan tersebut tidak menggunakan sepenuhnya potensi mereka untuk berkomunikasi, dalam kajian mereka.    Dengan mengambil kira struktur kecerdasan dan sosial haiwan itu, kajian mengatakan bahawa satu-satunya perkara yang menghalang mereka untuk bercakap adalah sikap malas haiwan primat itu sendiri.  Gregory Euler, penyelidik utama kajian itu mengatakan, jika sekumpulan primat itu berada di sebuah bilik, 'menggerakkan mulut dan berbuat bising', mereka akan belajar bagaimana untuk menyebut beberapa perkataan.  "Sekiranya sekumpulan beruk berkumpul dan menghabiskan masa selama setengah jam dengan menggerakkan mulut dan berbuat bising serta menunjuk ke objek y ang berbeza, penyelidikkan kami menunjukkan ba...

Adik Neelofa Kongsi Krim Besarkan Punggung Yang Dipakainya

Seleberiti media sosial, Ameera Khan kembali kecam apabila dia memuat naik sebuah krim produk membesarkan punggung yang dipakainya. Adik kepada pengacara dan usahawan Neelofa itu memberitahu memakai produk dari jenama La Mer. Malah, menerusi penelitian yang dibuat, krim berkenaan telah dijual di laman Shoppe berharga RM1,024. Pengakuan berani yang dibuat itu agak mengejutkan warga netizen yang menganggap harga produk tersebut terlalu mahal dan motif memuatnaik gambar bentuk badannya di media sosial. Sebelum ini, Ameer atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjadi perhatian netizen susulan aksi bergambar di media sosialnya Wanita berusia dilihat memuat naik foto yang memaparkan dia membongkokkan badan di Instagram miliknya. Namun foto tersebut menjadi bualan hangat netizen yang kurang senang dengan aksi tersebut. Bagaimanapun, ada beberapa netizen memberi komen sindiran mengaitkan dengan isu sebelum ini apabila menyamakan gaya tersebut seperti Harimau Menangis. – MG

Bosan 'Swab Test' Melalui Mulut & Hidung, China Cuba 'Swab Dubur' Pula Kesan COVID-19, Keputusannya Lebih Padu & Jitu

China dilaporkan telah mula melakukan 'Swab Dubur' terhadap penduduk di kawasan yang mencatatkan kes penularan wabak Covid-19. Menurut pakar, kaedah tersebut lebih tepat dan jitu bagi mengesan virus tersebut.  Bagi mengumpul sampel itu, putik kapas perlu dimasukkan ke dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter (1.2 hingga 2 inci) dan diputar-putar beberapa kali. Setelah selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan sebelum disimpan dalam bekas sampel. Proses keseluruhan bagi melakukan prosedur itu hanya mengambil masa 10 saat.  Beijing mula menggunakan kaedah itu dengan lebih kerap setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun didapati positif Covid-19, minggu lalu.    Sejak 17 Januari 2021, lebih daripada tiga juta penduduk di tiga daerah Beijing telah menjalani ujian saringan Covid-19 dalam usaha membendung penularan wabak berkenaan. Lebih daripada 1,000 kakitangan dan pelajar sekolah juga menjalani pelbagai ujian asid nukleik termasuk Swab Dubur....