Skip to main content

Bosan 'Swab Test' Melalui Mulut & Hidung, China Cuba 'Swab Dubur' Pula Kesan COVID-19, Keputusannya Lebih Padu & Jitu





China dilaporkan telah mula melakukan 'Swab Dubur' terhadap penduduk di kawasan yang mencatatkan kes penularan wabak Covid-19. Menurut pakar, kaedah tersebut lebih tepat dan jitu bagi mengesan virus tersebut. 



Bagi mengumpul sampel itu, putik kapas perlu dimasukkan ke dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter (1.2 hingga 2 inci) dan diputar-putar beberapa kali. Setelah selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan sebelum disimpan dalam bekas sampel. Proses keseluruhan bagi melakukan prosedur itu hanya mengambil masa 10 saat. 



Beijing mula menggunakan kaedah itu dengan lebih kerap setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun didapati positif Covid-19, minggu lalu. 


 
Sejak 17 Januari 2021, lebih daripada tiga juta penduduk di tiga daerah Beijing telah menjalani ujian saringan Covid-19 dalam usaha membendung penularan wabak berkenaan. Lebih daripada 1,000 kakitangan dan pelajar sekolah juga menjalani pelbagai ujian asid nukleik termasuk Swab Dubur. 



Menurut jurucakap hospital Beijing, Li Tongzeng berkata, virus Covid-19 bertahan lebih lama di bahagian dubur atau najis berbanding sampel yang diambil dari tekak dan hidung. 






"Kami mendapati, ada beberapa pesakit tanpa gejala cenderung pulih dengan cepat. Ada kemungkinan tidak ada jejak virus di kerongkong mereka setelah tiga hingga lima hari. 



"Tetapi virus bertahan lebih lama dari sampel yang diambil dari saluran pencernaan dan kotoran pesakit, berbanding sampel yang diambil dari saluran pernafasan. 



"Sekiranya kami melakukan swab test di dubur untuk ujian asid nukleik, ini akan meningkatkan kadar pengesanan pesakit lebih tinggi," kata pakar. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Video : 'Nak Bagi Tahu, Bukan Salah Pemandu Avanza' - Rider Grab Food Dilanggar

Viral di media sosial semalam, video seorang penghantar makanan, Grab Food, terbabit dalam kemalangan setelah 'dilibas' sebuah kereta yang terbabas di MRR2 selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Bukit Jalil.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.18 pagi Sabtu, 31 Januari 2021, mangsa menunggang di lorong ketiga sebelum datangnya kereta Toyota Avanza dari lorong keempat. Avanza terbabit yang dipercayai memandu melebihi had laju secara tiba-tiba membuat brek mengejut lalu hilang kawalan dan melibas penunggang motosikal berkenaan sebelum bergolek beberapa kali sehingga termasuk ke ruang tengah pembinaan.  Akibat dari kemalangan itu juga, penunggang motosikal terpelanting lebih kurang enam kali. Sementara motosikalnya terseret jauh ke depan. Berdasarkan gambar, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala. Tidak diketahui bagaimana keadaan pemandu Avanza terbabit. Video kemalangan itu mengundang banyak reaksi netizen di media sosial. Rat...

Hantuk Kepala Kat Dinding dan Hancurkan Barang Ofis untuk Hilangkan Stress

Berikut merupakan cara-cara untuk hilangkan stress..duduk kat ofis memang boleh gila jadinya

Lawak orang dulu-dulu