Skip to main content

Posts

Diana Danielle Beri Jawapan Sinis Isu Berpakaian Tak Senonoh

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi berani pelakon dan juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle bergambar seksi hingga menampakkan bahagian dada. Namun Murai Batu difahamkan pihak media cuba menghubungi dirinya untuk meminta komen namun tidak berjaya. Tetapi Diana boleh dikatakan menjawab isu gambarnya itu menerusi Instagram dengan mengunakan kata-kata yang sinikal iaitu ‘Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission’ kalau di alih Bahasa Melayu ‘Kebebasan Adalah Hak Kamu, Tidak Perlu Meminta Kebenaran’.   Entahlah, bagi Murai Batu tindakan Diana Danielle berani bergambar bercoli dan bersalut badannya dengan bendera Amerika Syarikat sememangnya mencetuskan tanda tanya ramai pihak. Apa jua jawapan yang diberikan olehnya pastinya akan mengundang 1001 persepsi negatif, tapi kita memang tiada hak untuk menghukum tetapi kita digalakkan untuk menegur sekiranya sesuatu perbuatan itu boleh mengundang kontroversi. Jadi kepada Diana Danielle, jawapan darip...

Update Status Di FACEBOOK Sebelum Gantung Diri Akibat Kecewa Dengan Sikap Teman Wanita !!!

Oleh kerana kecewa dengan teman wanita, seorang lelaki bertindak drastik dengan mengantung diri sendiri di rumah nya.. berikut adalah status terakhir dari Arwah.... Dengan orang lain maybe aku main2 tapi dengan dia aku serius. now aku dah buat silap. serius aku tak sanggup. aku sayang dia sangat- sangat.. dia lain dari yang lain.. sayang, permintaan terakhir abang, kalau abang mati nanti, abang nak sayang datang melawat jenazah abang. itu je cukup buat abang happy. thankss.. hati abang just for u sayang.. #dear Allah, please died me tonight..... SUMBER : http://www.myberitaharian.com

Rumah Kapten Pahang ditembak

KUANTAN: Rumah kapten skuad Tok Gajah, Mohd Razman Roslan, 31, ditembak menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35, di sini tengah malam tadi. Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu apabila Razman bersama keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kediamannya. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan namun hanya cermin belakang MPV Toyota Vellfire milik pemain berkenaan pecah. "Kita menerima laporan tengah malam tadi sebelum mengerahkan anggota untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian itu. "Setakat ini menurut saksi kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan kita masih menyiasat motif kejadian itu," katanya ketika dihubugi, di sini. Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan mengganggu siasatan polis.

ASTRO Akan Berdepan Zaman Kejatuhan Dijangka Ada Pesaing Hebat

Sebagai satu usaha mendigitalkan siaran televisyen & radio di Malaysia, MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) hari ini mendatangani perjanjian dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting’ (DTTB) di Malaysia. Ia akan menjadikannya infrastruktur DTTB pertama di Malaysia. Majlis perjanjian ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia. MYTV diwakili oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, CEO MYTV manakala TM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya, En Wan Ahmad Kamal Wan Halim. Turut menghadiri majlis bersejarah ini ialah Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi; Pengerusi TM, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie dan juga Pengarah MYTV, Dato’ Hilmi Mohd Noor. (kiri) Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, CEO MYTV dan (kanan) Naib Presiden Eksekutif TM, En Wan Ahmad Kamal Wan Halim  Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad Shabery menekankan baha...

Video aksi tetak tersebar di media sosial

SINGAPURA - Sebuah video melibatkan seorang lelaki menyerang seorang lelaki lain menggunakan senjata tajam telah viral selepas dimuatnaik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube. Video berdurasi 25 saat memaparkan seorang lelaki berbaju putih kelihatan cuba menetak seorang lelaki berbaju hitam di depan orang ramai. Menurut laporan Straits Times Singapura, kejadian tersebut berlaku di sebuah kolej di Singapura Sebuah tweet pula menunjukkan video pergaduhan awal beserta ayat " Seorang cedera dan jarinya hampir putus." Selain daripada itu, foto menunjukkan darah, kereta polis dan van ambulans juga dimuatnaik. Polis menahan seorang pemuda berumur 16 tahun untuk membantu siasatan. Sumber: Sinar harian

Kenapa Kita Perlu Tutup Cermin Di Rumah Apabila Berlaku Kematian?Inilah Jawapan Serta Hukumnya...

Gambar hiasan Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja. Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahu’alam bissawab Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah      Assalamualaikum ustaz,     Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum mela...

Penjawat Awam Bertempiaran Lari Diserbu Ketika Bersarapan (9 Gambar)

SHAH ALAM - Beberapa penjawat awam yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran bertempiaran lari menggunakan pintu belakang sebaik saja ternampak kenderaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi mendekati restoran berkenaan. Itulah antara gelagat yang dapat dilihat ketika SUK membuat pemeriksaan mengejut ke atas beberapa premis makanan bagi menangkap kakitangan awam yang makan dan minum di waktu pejabat. Menurut Khusrin, semenjak pemantauan yang dilakukannya itu bulan lalu, kira-kira 100 penjawat awam didapati melanggar peraturan. “Hari ini merupakan kali kedua kita menjalankan pemantauan sebegini bertujuan mendidik penjawat awam mengenai kesalahan yang mereka telah lakukan. Hari ini kita dapat kesan 30 kakitangan awam dan saya percaya ada ramai lagi yang berjaya meloloskan diri apabila melihat kereta saya,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia. Menjelaskan lebih lanjut, setiap penjawat awam yang ditahan akan diambil butiran peribad...