Pertemuan antara pihak Jakim dan Sajat bersama ibu bapa usahawan itu. Foto Mstar SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai isu identiti usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman. Memetik laporan Mstar, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia dibuat susulan kenyataan Sajat mengenai identiti sebenarnya. Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim mengakui dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin. “Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online semalam. Portal berita ini melaporkan Sajat mendedahkan beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jakim, dalam pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Mohd Izwan di Wisma Nu...