Skip to main content

Posts

Orang Luar Berebut Nak Jadi ‘Bangsa Johor’

Orang Luar Berebut Nak Jadi ‘Bangsa Johor’ JOHOR BAHRU – Segelintir penduduk dari negeri lain dikhabarkan sedang berebut-rebut untuk menukar rujukan angka tengah pada kad pengenalan kepada nombor ’01’ yang menandakan mereka lahir di Johor. Malah ada sanggup bayar dengan jumlah wang yang tinggi bagi mendapatkan ‘keistimewaan’ itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong. Beliau berkata, isu tersebut adalah mustahil dilakukan dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kewujudan ‘ejen’ yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit konon untuk perkhidmatan pelik itu. Namun orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan ejen penipuan itu, lapor portal The Star. Siew Kiong mendedahkan beliau pernah ditanya oleh penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur berhubung kaedah penukaran nombor Mykad mereka kepada angka “01”, namun beliau menegaskan perkara itu mustahil. “Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk ti...

Ancaman bom, dua pesawat Air France dilencongkan

PARIS: Dua pesawat Air France yang berlepas dari Amerika Syarikat (AS) dilencongkan selepas menerima ancaman bom, demikian lapor media Kanada dan AS hari ini.  Pesawat pertama dari Washington D.C. ke Paris, dilencongkan ke Halifax, Nova Scotia, manakala satu lagi pesawat dari Los Angeles ke Paris mengubah haluan ke Salt Lake City, demikian lapor stesen penyiaran CNN, NBC dan CBC Kanada.  Kedua-dua pesawat selamat mendarat ke lapangan terbang sebelum penumpang diarahkan turun dari pesawat. - Reuters

Penyokong Turki ‘Boo’ Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

PENYOKONG bola sepak Turki bertindak menyorak ‘boo’ ketika ketika pemain bertafakur selama seminit terhadap mangsa serangan di Paris. Sebaliknya, penyokong melaungkan ‘Allahu Akhbar’ sebelum perlawanan persahabatan antara Turki bertemu Greece bermula di Stadium Basaksehir Fatih Terim. Dalam perlawanan itu, Turki dan Greece terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat. Media barat menyifatkan tindakan penyokong Turki sebagai biadap dan tidak menghormati Greece serta Perancis. Bagaimanapun, penyokong pula menganggap kejadian itu merupakan insiden kecil berbanding yang dilakukan negara barat terhadap negara Islam lain. Tiada kejadian tidak diingini atau kekerasan ditimbulkan penyokong sehingga perlawanan tamat. Perlawanan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras dan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu. sumber – mStar

PESAWAT RUSIA TERHEMPAS

PESAWAT RUSIA TERHEMPAS Sebuah pesawat penumpang milik Rusia dalam penerbangan dari Sharm El-Sheikh, Mesir ke St Petersburg dilaporkan terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan. Memetik laporan agensi berita Rusia, RIA, berkata pesawat jenis jet Airbus A321 yang membawa 217 penumpang dan 7 anak kapal tersebut telah terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 23 minit selepas berlepas dari takling el-Sheikh. Pejabat Perdana Menteri Mesir telah mengesahkan pesawat penumpang yang dikendalikan oleh Russian Kogalymavia berkenaan telah terhempas di tengah Sinai. Bagaimanapun terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai nasib pesawat itu, ada yang mendakwa ia telah terhempas di Cyprus. Memetik laporan itu juga menyatakan kebanyakkan penumpang di dalam pesawat adalah daripada pelancong Rusia. Pesawat itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Russia Kogalymavia dan juga dikenali sebagai MetroJet. Bagaimanapun nasib kesemua penumpang dan anak kapal masih belum diketa...

APAKAH ITU DEMAM KEPIALU? BAGAIMANA MAHU MENCEGAHNYA?

DEMAM kepialu atau dikenali juga sebagai tifoid merupakan jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S Typhi). Seseorang yang dijangkiti demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya serta boleh menjangkiti orang lain. Jenis-jenis makanan yang biasa dikaitkan Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Makanan bercengkerang (Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram), sayuran mentah (ulam dan salad), cendol, susu mentah. Tanda-tanda dan gejala Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 ke 2 minggu, tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 tiga hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. Gejala: Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40˚c. Cirit birit, sembelit, sakit perut, sakit kepala Sakit badan / lemah / letih lesu Kurang selera makan, batuk tanpa kahak Denyutan jantung perlahan ( bradycardia ) Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan) Bengkak limpa dan hati Bagaimanaka...

GEMPAR!! TMJ arah JALUR GEMILANG diturunkan serta merta di JOHOR !!.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing. Sepucuk surat dari Pejabat Daerah Segamat kepada semua Ketua Jabatan di daerah berkenaan yang memanjangkan titah berkenaan telah tersebar di laman sosial Facebook hari ini. “Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari Kebangsaan telah selesai. “Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing,” demikian menurut surat berkenaan. Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan titah terbaru ini kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang pelik memandangkan Johor merupakan sebuah negeri di dalam Malaysia. Tinjauan laman web lain mendapati ada pihak berpendapatan bahawa langkah itu ada kaitan untuk membawa Johor keluar daripada Malaysia. ...

Tiga Perlawanan Piala Malaysia 2015 Dipinda

Tiga Perlawanan Piala Malaysia 2015 Dipinda KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 dipinda ke tarikh baharu, berikutan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Selain itu, penundaan tarikh perlawanan tersebut juga adalah disebabkan pertindihan venue. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan perlawanan ketiga Kumpulan B antara Sarawak dan JDT di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu ini (26 Sept) dipinda kepada 24 Okt. JDT akan berkunjung ke Kuwait untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFC menentang juara bertahan, Qadsia SC di tempat lawan pada 29 Sept. FAM turut memaklumkan perlawanan keempat Kumpulan B antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Okt, dipinda kepada 4 Okt, namun tiada sebab khusus dinyatakan. Perlawanan Kumpulan D antara PDRM dan PKNS di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini (26 Sept) dipinda ke 28 ...